Hello Members Sekelian, Terdahulu saya telah poskan handicap bulan Ogos dan memaklumkan bahawa handicap itu juga akan digunakan untuk bulan September. Rupanya tak bagitu. Ini Panglima Handicap telah membetulkan saya. Handicap bagi bulan Sertember adalah saperti dipamirkan dibawah. Yang jelas dia memaklumkan bahawa handicap TSHM, Dato Isa dan Hj Rahim telah dibaiki. Sorry lah Tan Sri, Pete dan Mike Weir. Kena tanggung lah handicap baru tu. Yang lain, nampaknya kekal buat masa ni.
Hello Members Sekelian, Dipamirkan dibawah ni, Rankings kita bagi bulan Ogos 2010. Pada bulan ni kita sempat mengaturkan 2 kali permainan saje iaitu pada 4 dan 9 Ogos. Kita mula berpuasa pada 11 Ogos. Jadi tak dapat lah mengadakan permainan lagi sehingga lepas Raya nanti. So, kalau nengok ranking bulan Ogos ni, mereka yang bermain 2 kali lah yang mendahului. Nombor 1 hingga ke nombor 8. Kali ni yang nombor 1 ialah Rosli Deli. Syabas Geng. Dia dapat nombor 3 pada 4 Ogos dan nombor 10 pada 9 Ogos. Jumlah points, 78. Dia dikuti oleh Mej Rustamdengan dan Mej Ismail Hassan dengan 62 points. Member yang bermain sekali dan terbaik ialah Mohd Nazri dengan 50 point. Dia dapat nombor 1, tetapi oleh sebab dia bermain sekali je mendapat nombor 9. Ranking terakhir ialah nombor 40. Ingatkan kesemuanya tak bermain langsung. Tak juga. Seramai 6 member bermain 1 kali tapi tak dapat point. So, 0 point. Seramai 81 members kesemuanya. Diatursusun oleh:
Ini baru ranking bagi bulan Ogos je. Keseluruhan bagaimana? Itu kena tunggu postings berikut nya. Salam
Setiakawan Tak Sabar Meneruskan Weekly Outings kita.
ps: Sementara tu, ikuti Wyndham Championship yang sedang berlangsung diSedgefield Country Club di Amerika Syarikat. Sebelum buka Puasa, dendangkan lagu ni kepada Yang Tersayang.
Hello Members Sekelian, Saya harap semua masih tekun berpuasa. Dijangka tak de lah bermain golf pada bulan ni melainkan ke Driving Range. Tak juga. Baru malam Majlis Berbuka Puasa kita diDE Palma Hotel, terdengar ada yang telah membuat arrangement dengan kawan dia untuk berentap di Tasik Puteri pada hari Ahad 22 Ogos 2010. Laa. Kuat nya dia. Maklumlah bulan Ramadhan, bukan saje lapar tak makan, terpaksa menghindar diri dari kebiasaan saperti meminum bila dahaga, tak boleh merokok kepada mereka yang merokok, ringan ringan dengan caddy pun tak boleh. Nak mencarut pun tak boleh, jauh nak 3-1-1. Memang dugaan yang bagitu besar. Memang terra lah awak Aziz Norman. Kote celah celah tu ada juga tak tahu lah kita. Anyway, oleh sebab ada yang bermain, maka dia kena ikut handicap yang baru lah. Dipamirkan handicap terbaru untuk diguna bulan September. Kalau ada juga yang main pada bulan Ogos, kena guna handicap ni juga.
DisusunAtur Oleh
Salam.
Setiakawan Berehat Sebulan
ps: Dalam bulan puasa ni kena senyum sikit Bro. Ikuti sehingga 'Celaka Punya Penyamun. SSiiiaaalll!'
Rancangan Majlis Berbuka Puasa ni dah lama dirancang. Kalau tak silap pada hari pertama berpuasa RHM dah menyebarkan maklumat bahawa majlis kita ni akan diadakan pada 19 Ogos iaitu hari Khamis. Berikutnya ada juga dia mengemaskinikan kedudukan kedatangan. Mula mula lembab, lepas tu memberansang melainkan berita pada tengah hari memaklumkan, ’yesterday 3 withdrawals. Able to resolve amicably’. Amicably tu mana nya secara harmoni. Saya harap bagitu lah. Tanpa kos. Saya tak sabar nak ke De Palma. DiAmpang. Saya diPJ. Takut juga terlewat. Tak mau pulak terlalu awal. Kena mengkaji 'time and space’. Sejak bulan puasa ni perjalanan lalu lintas diLembah Kelang berterabur dan tak boleh diagak saperti dibulan bulan lain. Tapi nasib baik ada lebuhraya baru, DUKE atau Damansara Ulu Klang Expressway. Cuma kena bayar jumlah RM 3.50. Berlepas jam 6.45 dan sampai dihotel pada jam 7.15. OK lah tu. Selepas parkir kereta, masuk kehotel. Dihias indah. Macam suasana Hari Raya. Pergi kemeja Pendaftaran. Bila dimaklum saya dalam Setiakawan saya diunjuk ketangga menghala keatas. Tingkat Satu. Sampai ditingkat tu, kelihatan gerai gerai. Ada MakIzah dan Mak Yah. Macam suasana diperkampungan. Dikawasan foyer tu kelihatan gerai gerai lain. Masuk kedalam. Meja meja bertanda. Kelihatan Setiakawan label. Kelihatan member member lain. Mula mula nampak Kol Mutalib. Selepas bersalaman saya komen ‘Slim nampak’. Ia lah bulan puasa. Kita tengok dia selepas Raya nanti. Berjumpa dengan yang lain. Seronok berjumpa kerana rindu kepada kawan. Rupa berbeza sikit dari dipadang golf. Disana hampir semua pakai cap golf. Disini ramai pakai kopiah. Maklumlah ramai dah menunaikan fardu Haji. Ramli Kinta baru pulang dari umrah. Selepas bersalaman peluk dia kuat kuat. Harap dapat berkat. Bersalaman dengan Dato Presidente, Timbalan Presidente dan Penaung kita. Dimeja tu kelihatan Dato K, Hj Rahim, Dato Daud dan Dato Mohd Isa. Dimeja lain kelihatan member yang dah lama kita tak jumpa. Orang Tepeng. Kelihatan juga Dato Zainal, Dato Yunus Long, Dato Amir, Dato Affendi.. Di meja saya, Mej Ismail T dan isteri, MJHim dan keluarga serta Aziz Norman dan isteri. Kaum Ibu duduk sekumpul dimeja berasingan. Apabila azan berkumandang, kita pun memulakan berbuka puasa. Selepas memulakan dengan buah tamar, saya mula mencari hidangan. Dalam meninjau, ternampak kambing panggang. Disitu saya tuju. Bagusnya hotel ni ialah pinggan hidangan nya kecil kecil. Ada hikmah nya. Kita tak akan ambil terlalu banyak dan dengan itu juga boleh merasa banyak lagi juadah juadah yang lain. Sempat juga bertanya pengurus disitu, berapa banyak hidangan nya. Dia kata 102. Kalau gitu hidangan nya lebih hebat sebab di Dewan Perdana FELDA terdapat hanya 82 hidangan. Club 12/68 telah mengadakan majlis yang sama pada 17 Ogos disana. Bila ditanya yang mana sedap, saya menjawab, semua nya hebat. Maklumlah orang lapar, semua nya sedap. Dalam kita menjamu selera tu, kita dihibur dan di dendang oleh satu kumpulan nasyid. Lepas tu kumpulan gazal Seri Kencana. Dicelah celah tu, staf DePalma telah mengendalikan acara selingan dengan memanggil tetamu keatas pentas. Mereka ditanya dan sekiranya menjawab dengan betul akan dapat hadiah. Bila dicabut nombor meja 46, kena meja kami. Saya kena naik. Ditanya nama kumpulan ghazal yang mengiringi kami, dan oleh sebab siberi petunjuk, dapatlah saya jawab. Hadiah nya ialah, complementary stay diDePalma Hotel selama 2 malam. Terima Kasih DePalma. Lepas tu ada hiburan. Aziz Norman dijemput kepentas dan mendendangkan sebuah lagu asli. Sedap bunyi nya. Lepas tu isteri presidente kita dijemput untuk menyampaikan sebuah lagu. Dia dipimpin kesana. Rupanya Datin baru keluar hospital dan masih uzur, tetapi supaya tidak menghampakan tetamu dia menyanyi jugak. Lagu Selendang Sutera. Saperti saya sebut dalam blog terdahulu, suara nya masih saya kategorikan sebagai the Golden Voice. Itu tak sihat tu. Thank You Datin. Selesai acara semua kita mula meminta diri untuk pulang kerumah. Ada juga mengikuti terawih ditempat yang disediakan. Kami bersurai dalam jam 9.00 malam.
Hello Members Sekelian, Kejap lagi kita akan menghadiri Majlis Berbuka Puasa kita di Hotel D'Palma diAmpang. Tak pasti saya berapa yang akan hadir. Mula mulanya response tak mengalakkan, lepas tu bertambah tapi baru ni terima dari RHM bahawa 3 telah menarik diri. Ada sebab yang tulin kote. Walau bagaimana pun jumlah yang kita tempah tu dah dikomit, Bermakna kita kena tepati tempahan kita dan membayar jumlah yang ditempah. Kerunsingan ni telah beliau nyatakan awal awal lagi. Susah keadaan ni. Saya cuma berharap sesiapa yang menarik diri tu akan memenuhi tempahan mereka. Salam. Setiakawan Berjumpa diD'Palma.
HARI TERAKHIR D4 Dah selesai dah kejohanan PGA yang ke 92. Yang menjadi johan ialah Martin Kaymer dari Republik Germany. Sabelum tamat permainan seronok juga melihatkan permainan yang dimainkan. Pada akhir Hari Ketiga, kejohanan didahului oleh Nick Watney dengan xx (69, 68, 66), -13. Tetapi dihari keempat dia main berterabur dan mendapat 81. Keseluruhan dia dapat 284 dan dikedudukan seri ke18. Dengan sekelip mata kedudukan nya sebagai bakal johan hancuus. Yang dapat berentap ialah Dustin Johnson, Bubba Watson, Rory McIlroy dan Dustin Johnson. Di3 lubang terakhir yang mendahului ialah Dustin Johnson, Bubba Watson dan Martin Kaymer. Dilubang terakhir, Par 4, Martin Kaymer pukul dulu. Bola nya kekanan dalam rough. Dustin Johnson tee off ke kanan juga , dalam rough juga. Bola Kaymer lebih jauh jadi Dustin pukul dulu. Dia cuba sampai kegreen dengan pukulan kedua. Bola ke kiri. Masuk sungai. Martin Kaymer melihat keadaan Johnson, lay up diatas fairway. Pukulan ketiga nya naik kegreen. 3 on disitu. Johnson pukul ke4, kerana satu stroke penalty. 4 on. Dia double bogey kat situ. Dapat 73 dan keseluruhan -9, Jumlah 279. Martin Kaymer habis dulu di -10. Bubba Johnson juga mendapat 10. Jadi playoff yang dijangka seramai 4 orang termasuk Rory Mcilroy hanya kekal kepada Marin Kaymer dan Bubba Johnson. Playoff melalui Lubang 10, 17 dan 18 secara keseluruhan. Sekira nya kedudukan seri mereka akan bermain dilubang yang sama tetapi secara kalah mati. Lubang 10, Bubba Johnson birdie 3 sementara Martin Kaymer par 4. Satu kosong untuk Bubba. Lubang kedua Par 3, Kaymer birdie 2 dan Bubba par 3. Satu sama. DiLubang terakhir Par 4, Kaymer dapat bogey 5 sementara Bubba dapat double bogey 6. Jadi Martin Kaymer memenangi Kejohanan PGA ke 92. Dalam mengikuti pertandingan pertandingan serupa ini, kita tak dapat elak dari memilih pemain yang kita favour atau ‘rooting for’. Macam saya ni saya inginkan pemain saperti Tiger Woods, Ernie Els, Ian Poulter, Vijay Singh, Sergio Garcia, Ryo Ichikawa dan Rory McIlroy. Selepas Hari kedua dimana hanya 71 pemain saje yang tinggal, saya mula memilih pemain yang kita favour untuk menang. Mulanya saya ‘root for’ McIlroy, lepas tu Bubba Watson pulak. Mengapa saya pilih, tak boleh ditetapkan. Mungkin cara dia main, cara perwatakan mereka atau publicity yang terdapat keatas mereka. Dan bagi saya tiap tiap kali Fred Couples bermain saya akan root for him. Yang menarik dalam kejohanan ini ialah selepas hari ketiga ditempat kesepuluh teratas hanya sorang saje pernah memenangi Majors. Jim Furyk. Yang lain tak pernah menang majors. Dari 10 tu, seramai 8 pemain umur mereka dalam lingkungan 25 tahun. McIlroy kalau menang akan menjadi yang termuda memenangi Majors. Sekarang ni kehormatan itu masih dipegang oleh Tiger Woods. Tiger Woods, masih nombor satu dunia walau pun dapat kedudukan T28 dengan keseluruhan -2. Sekarang ni dia terkeluar dari Team Ryder Cup US. Harapan nya sekarang ialah supaya Captain tim itu Corey Pavin memilih nya sebagai ‘Captain’s Pick’. Mengikut siaran yang terdengar Pavin akan mengambil nya. Kalau dia tak dipilih, nilai nya makin bertambah turun lah. Salam. Setiakawan Akan Berbuka Puasa Di Kotel D’Palma, Ampang pada malam 19 Ogos 2010.