Thursday, March 11, 2010

SETIAKAWANGOLF WEEKLY OUTINGS DISTAFFIELD COUNTRY RESORT PADA 10 MAC 2010

Pada 09/03/10 tak pula saya terima apa apa berita dari RHM. Secara lazimnya dia akan memaklumkan jumlah flights yang akan menyertai pada outings kita pada hari berikutnya. Kali ni tiada, Cuma SMS yang awal pada 07/03/10 yang berbunyi “ As’kum. Just arrived from outstation. Sorry. So on 10/03 we shall play at Staffield GCC. Register your interest asap. Rgds. RHM.’
Course kita berjuang semasa SEGOY dan SACHA. Kita juga bermain last pada 27/01/10 dicourse ini. Seronok saya kerana memang course ini adalah satu yang saya prefer termasuk ramai lagi members lain.
Sampai saje dikelab, lepas tinggalkan beg di ‘Bag Drop’, park kereta, pesan satu caddie dan terus ke ‘Golfers’ Terrace’. Sekarang dah balik ketempat original nya di foyer kelab. Kelihatan banyak scaffoldings. Rupanya ada binaan lagi. Ada baik nya. Ini menunjukkan kelab ni sentiasa membaiki prasarana nya untuk tamu. Kelihatan beberapa members sedang bersarapan termasuk RHM, Dato Presidente, Patron kita,
RK, Hj Malek dengan topi koboi nya dan yang lain.
Melihatkan flight list kelihatan kita ada 7 flights. 28 pemain. OK juga tu. Cuma satu flight ada 3 orang. Jumlah pemain pada pagi tu 27 orang. Tak kelihatan DNA. Kita tahu dia sibuk dengan persiapan untuk perkahwinan anak nya Norela Maznun pada 16 Mac ini. Tapi Chairman Ornanising Committee nya ada menyertai pada hari tu. Tak kelihatan Dato Khairuddin. Lama dia menyepi. Ada juga saya talipon pada 5 Mac dulu. Pun tak jawab. Kemana pulak dia. Rindu pulak.
Saya sempat memesan nasi lemak sepinggan. Kena mengalas perut kerana tak bersarapan dirumah tadi.











OK lah tu. Kita akan bermain sekali lagi diStaffield Country Resort.
Saya digandingkan dengan Dato Presidente, Kol Mutalib, Hj Kamar Azali. Handicap 24, 16, 15 dan 24. Elok tu. Saya partner Kol Mutalib.
Dato Presidente partner dengan Hj Kamar Azali.
Buggy to Buggy. Kita bermula diSouthern Nine. Lubang pertama 485 meter Par 5. Ketiga tiga mereka tee off OK.





Saya teeoff pegi kekiri. OB. Pukul satu lagi. Kali ini pakai bola Srixon yang dibagi oleh Orang Tepeng. Ada cop TUDM. Kot kot ada ong. Tak juga. Bola kekiri juga. OB lagi. Oleh sebab bola baru pegi cari lah. Rupanya masuk ke kawasan Driving Range. Beratus bola ada kat situ. Macam mana nak cari. Kena lihat kan gelipan bola baru. Jumpa satu je. Yang pemberian orang tak jumpa. Kot kot dia nak ganti nanti. Dua bola dah OB. Dah 4 dah. Kalau pukul pun 5 disitu. Lubang Par 5. Kalau dapat ‚par’ pun jadi 10 juga. Jadi saya surrender. Kita kira ‚double par’.

Kol Mutalib cadangkan saya pukul bola untuk practise je. Tapi dalam kehampaan tu saya kata tak perlu, nak simpan tenaga. Lepas tu Par 3. Dapat 5. DiLubang 3, 361 meter Par 4 dapat Bogey 5. Ingat badan dah panas, boleh lah main lebih baik. Tak juga. Southern Nine je dapat gross 57. Flight member yang lagi 3 tu nampak OK. Dato Presidente kita lebih baik. Di Lubang 8, 164 meter Par 3, dia dapat par. Ini selepas berjaya melepasi kolam yang tersedia menerima bola mereka mereka yang ‘duff their shots’. Kol Mutalib juga kukuh. Dia dapat birdie diLubang 7, Par 4, 327 meter. Hebat dia. Hj Kamar Azali pula dapat par kat situ. Di Second Nine (Western) diLubang 17, par 3 130 meter, Dato Presidente dapat par. Kami dapat bogey. Putting Dato Presidente memang menjadi hari tu. Dia dapat 50 di Nine itu. Saya pun 50. Gross 106, tolak 24, nett 82. Bagitulah kelohan pemain handicap 24. Tapi saya enjoy permainan golf tadi.
Kita ke Restoran Tom Yam Beranang.



Tempat yang selalu kami makan tengah hari. Laut macam biasa.
Ikan kembong masak pedas, sayur campur, tom yam gong dan sayur campur nenas pedas. Air buah tembikai. Pedas tapi sedap.









Selepas makan RK pun mengambil aleh untuk pemberian hadiah. Pemenang pemenang kita kali ini adalah saperti dibawah:










Kalau melihatkan score, hampir kesemua bermain dipersekitaran handicap. Yang terbaik 1 under. Dua bermain par golf, 4 orang 1 over, 3 orang 2 over dan sorang 4 over. Ini samaada handicapping kita tu memang terbaik atau ada yang tak cenderong untuk mendapati lebih baik dari tu. Pemenang nampaknya hampir sama orang. Bagus tu.
Kita juga dah bersetuju untuk mengiktiraf top ranking kita secara bulanan. Pada akhir tiap tiap bulan pemain yang mendapati ‘top’ pada bulan itu akan diberi hadiah berupa ‘cash’. Saya percaya sebanyak RM 50. OK tu. So, semua kena bermain dengan baik untuk memenangi hadiah tu.
Bagi SENAT 1/10 pula,

saya percaya RHM telah pun memberi penerangan berkenaan nya. Cuma pembayaran pendahuluan sepatutnya telah diberi pada hari itu (10/03). Sesiapa yang masih belum berbuat demikian, harap hubungi RHM dan selesaikan nya.
Dingatkan juga bahawa DNA masih menunggu maklumbalas atau acknowledgement berkenaan jemputan keMajlis Perkahwinan anaknya pada 16 Mac 2010. Acara diMerak Kayangan. Mengikut posting dia pada 7 Mac, terdapat 9 members yang masih belum memberi maklumbalas. Maklumbalas ini adalah ketertiban. Kalau nak pergi tolong jawab, kalau tak nak datang pun tolong jawab. Dia perlu tahu. Saya percaya dia menghargai kedatangan kita dan akan menentukan bahawa kita dilayan sebagai tetamu yang dihargai. So, tolong JAWAB.

Salam


Setiakawan Akan keMajlis Perkahwinan Norela Maznun dengan Muhammed Bahjat Muhammed.

Tuesday, March 9, 2010

Moss in hospital after lift shaft fall

British Formula One legend Stirling Moss was recovering in hospital after breaking several bones falling three floors down a lift shaft, the 80-year-old's website said Monday.
The racing star suffered two broken ankles, four broken bones in his feet, skin aberrations and four chipped vertebrae, the website said, following the accident at his central London residence on Saturday.
"He is now comfortable and recovering in a London hospital after surgery to both ankles," which have been plated and pinned, the statement said.
The lift door opened at the wrong time and Moss stepped in, falling three floors down.Moss's family were present and paramedics took him to the Royal London Hospital.
"This was a very unfortunate accident; it could have just as easily been another member of the family stepping into where the lift should have been," said his wife, Susie Moss.He is expected to take six weeks to recover from his injuries.
"The family are very relieved that Stirling survived the fall, demonstrating that his body still has the same resilience to injury as it did in his racing days," the statement on the website said.
"He is comfortable, following a good night's rest post-surgery, and is well on the road to recovery."
In a Formula One career lasting from 1951 to 1961, Moss entered 66 Grands Prix, earning 16 wins, 16 pole positions and 24 podium finishes.He came second in the World Championship four times, from 1955 to 1958 -- the most runner-up finishes without ever claiming the title.
In his wider motor racing career, in which he raced more than 80 different types of cars, he won 212 of the 529 races he entered.
His career was ended by a near-fatal crash at Britain's Goodwood circuit, in southern England, in 1962.
Ingatan:
Saya akur ramai dari kita yang memang sangat harapkan 'lift' untuk menaikki bangunan tinggi. Pastikan pandang betul betul sebelum memasukki nya. Dalam zaman teknologi tinggi ni pun, kepincangan serupa ini pun masih belum dibaiki lagi.
Salam
.

Setiakawan Nak Ikut Tangga Je.

Saturday, March 6, 2010

PANTUN JENAKA 5

Pokok pinang patanya condong
Dipukul ribut berhari-hari
Kucing berenang tikus berdayung
Ikan di laut berdiam diri

Tanam pinang di atas kubur
Tanam bayam jauh ke tepi
Walaupun musang sedang tidur
Mengira ayam di dalam mimpi

Anak bakau di rumpun salak
Patah taruknya ditimpa genta
Riuh kerbau tergelak-gelak
Melihat beruk berkaca mata

Orang menganyam sambil dudukalam
Kalau sudah bawa ke balai
Melihat ayam memakai tanduk
Datang musang meminta damai

Sedutan Dari Dunia Penyair

Salam

Setiakawan Berjenaka Pula




ps: Ikuti pantun ini dan dengar permainan piano oleh Richard Clayderman di Video Bar.

Thursday, March 4, 2010

SETIAKAWANGOLF WEEKLY OUTINGS DITASIK PUTERI GOLF & COUNTRY CLUB PADA 03 MAC 2010


SMS RHM pada jam 6.0 petang pada 02/03/10 berbunyi ‘Sir we have 8 full flights . Damage RM113/. Breakfast n lunch will be served. Caddy tanggungan sendiri. Tee off by 0815 hrs. Rgds, RHM’
Kita dah ditetapkan untuk bermain di Tasik Puteri Golf & Country Club diRawang. Walau pun secara umum kita bersetuju bermain dicourses diantara Seremban dan Kuala Lumpur, Kelab Tasik Puteri adalah satu daripada course yang terkeluar dari linkungan ini. Downside nya ialah jarak nya jauh sikit bagi members yang tinggal dikawasan persekitaran Seremban. Mengikut pandangan beberapa members, kalau ndak tee off jam 0800, kena bertolak jam 5.30 pagi. Mungkin itu sebab ramai juga dari Seremban tak menyertai pada hari itu. Walau pun bagitu saya suka lah sebab course ini ialah satu daripada course yang saya cadangkan untuk kita bermain. Tapi saya tahu pemilihan course ini tiada kaitan dengan cadangan saya. Banyak fakta lain yang dipertimbangkan oleh Convenor kita sabelum menetapkan course ini.
Berlepas dari rumah pada jam 6.45 pagi. Ingatkan bila sampai dikelab, dapatlah lama sikit melegakan diri sabelum teeoff, rupanya diantara simpang Rawang kekelab ada ‚lencongan’ pulak. Masuk kedalam kawasan perumahan, lepas tu mengikuti kereta kereta lain entah kemana pegi. Mengikut je. Takut juga kote kote sampai kat Kuala Selangor pulak. Selain dari tanda bertukar arah tu, tiada tanda lain kelihatan. Kita ni mengikut secara ‚blind’ lah. Sebab lencongan pun saya tak pasti. Mungkin usaha pihak berkuasa melicinkan perjalanan lalu lintas. Dah kita kena buat andaian sendiri. Kena berfikir pulak. Dah lah nak fikir macam mana ndak melalui lubang lubang diTasek Puteri GCC. Gangguan pemikiran je Sampai kekelab dalam jam 7.30. Terus tuju kepejabat golf section untuk mendapatkan caddie. RM 42. Dah naik ke.?Setahu saya RM 38. Harga minyak nak naik, harga ikan dipasar pun naik. Harga caddie pun naik juga. Tapi asalkan tak RM 70, pada saya masih OK. Lepas serah pengesahan booking kepada caddie master, bergerak keGolfers’ Terrace untuk sarapan. Nasi lemak dan roti ‘toast’ dah disiapkan diatas meja. Kopi dan orange juice (sebenarnya orange squash je) ditempat berasingan berdekatan.
Dulu dihidang diatas meja berasingan ala’buffet’ kali ni terus dihidang diatas meja. Nasi lemak tu adalah sambal tumis (kosong), ikan bilis goreng, timun potong dan kacang goreng. Toast tu adalah margarine kecil. Dah makin simple cara pembentangan breakfast kita. Alakadar je?. Dah takde ‘gaya’ lagi. Ini saya percaya ada kaitan dengan kos. Hendak kelas mesti mahal sikit. Atau pun kelab ni memang tak de kelas. Budaya serba ringkas. After all the golfers just snatch a bite and disappear into the course. Lama kelamaan kita capai ‘breakfast package’ je. Ini kalau kita ndak. Surely we deserve better.
Berjumpalah members members lain. Ada baru ada lama. Yang lama tak kelihatan ialah squad saya Dato Ramli Harun. Juga Dato Isa Hassan. Kelihatan juga patron kita TSHM.
Nampak muka dah cerah. Maklumlah baru pulang dari Angland. Dia kata UK. Lama juga dia kesana. Bila bersalam dengan nya saya sebut lah’sejuk tangan. Macam sejuk England je’. Welcome back Tan Sri. Jumpa juga dengan Mutalib (bukan yang kira score tu), last jumpa kat Bukit Unggul. Ni dah bukan orang baru lagi lah. Berjumpa juga saya dengan members baru. Tiga orang. Shaffiee Ismail, Azman Awang dan Dzulkifli Abdullah. Semua member Supt Bahar. Selamat Datang Bro.
Saya digandingkan dengan Dato K, Kol Mutalib (yang kira score) dan Dato Anuaruddin. Nine untuk Setiakawan ialah Puteri Nine (ist nine) dan Tasik Nine (3rd nine). Tasik Nine ialah nine terbaru. Tanaman tak matang lagi. Terdedah. Dikenali dengan nine yang tepanas sekali.
Berasaskan pengalaman yang lepas, kita pun keTasik Nine dulu. Konon nya pagi sejuk, bila crossover nanti ke Puteri Nine redup sikit. Tak juga. Cerita kemudian.





Bila bergerak keLubang no 19, kurang satu. Dato Anuaruddin tak sampai lagi. Mengikut cerita dia ‘on the way’. Flight didepan kami pun kurang sorang. Bukan on the way. Sedang answer ‘natures’ call’. Kita bertiga diorang bertiga juga. Diorang suruh kami tee off dulu kerana partner kami lambat lagi.
Bertiga laju sikit. Kami tee off. Par 4. Tee off saya kekiri. Itu lah bila tergesa gesa jadi lah bola melencong. Dilereng bukit, masih boleh pukul. Saya dapat double bogey 6, Dato K, triple bogey 7 (putting belum mantap lagi) dan Mutalib par. Dia nampaknya cepat settle down.Lubang 20 par 5. Saya bogey, Mutalib pun bagitu. Dato K par. Dia pun dah settle down. Lubang 21 par 4. Index 1. A ‘tight’ hole. Jangan salah faham lak. Fairway tak luas dan dikanan kolam. Kena accurate.Mereka berdua dapat bogey, saya double bogey.


Dato Anuaruddin join kami diLubang 22. Bagusnya Dato Anuaruddin ni walau pun lambat dia masih datang. Dia sedar dia tidak akan di kira untuk keseluruhan pertandingan, Cuma nine yang dia sertai. Tapi dia masih datang. Cerita yang saya dapat selepas selesai bermain, terdapat 2 orang tak datang. Asmadi kerana datuk nya meninggal dunia. Itu kita faham. Satu lagi senyap je. Implikasi nya ialah bila kita dah tempah makan, jumlah itu lah akan dikira. Disegi buggy pula, lazimnya satu buggy berkongsi dua pemain. Kalau satu tak datang kita masih memerlukan satu buggy. Bermaknanya kita kena tanggung pembayaran nya. Saya harap semua pemain faham akan implikasi kalau tak hadir selepas mengesahkan penyertaan.
Kami meneruskan permainan diPuteri Nine (1st nine). Dalam jam 10.30. Ini saya kira nine yang sudah matang. Ingat makin redup lah. Rupanya sama bahang nya. Peluh menyimbah yimbah. Memang dehydrated. Kena ganti dengan air yang ada 'electrolyte' saperti 100 plus atau Gatorade. Kalau tidak, kering kita. Kalau ada angin, rasa saya sejuk sikit. Ini takde langsung. Dalam keadaan berpeluh peluh tu saya nak kata kesal mencadang course ni pun dah terlambat lah. Kena terima juga. Keadaan cuaca kebelakangan ni memang panas. Terdapat heat wave diSemenanjung. Terfikir juga mungkin dimasa depan akan diadakan buggy yang berhawa dingin pulak. Amecam. Good Idea Nany?
Yang menyerlah diNine ni, saya dapat par diLubang 3 Par 3. 139 metres. Saya nak pakai 7 iron, caddy serahkan saya 6 iron. Elevated Green. Kena tambah 10 metre lagi dalam kiraanlah. Spot on. 12 kaki dari pin. Miss birdie dan dapat par. Yang tiga tu semua bogey. Itu je cerita yang menarik dalam permainan saya. Lepas tu berterabur balik. Semasa main diKinrara pada 17 Feb dulu dulu saya ada menyatakan memakai magnetic ion necklace macam juga ‘scala energy Dato Amin dan Affendi. Saya dapat ball sweep hari tu dengan nett 75. Kali ni pakai lagi. Mengikut Dato K semasa di Tasik Nine memang menjadi tapi di Puteri Nine dah hilang kuasa pulak. Mungkin bendaalah ni berkesan untuk satu nine je.
Selesai bermain, mandi dulu. Terpaksa. Nak sejukkan badan. Kira kira kegunaan air dikelab kebekelakangan mesti meningkat. Kalau selalu nya pengguna perlu 10 minit untuk mandi kali ni 20 minit. Double. Memang sedap berdiri dibawah shower digolf club. Air deras, boleh panas, boleh sejuk. Lega no?
DiGolfers’ Terrace beberapa members dah ada. Saya yang kekeringan tekak, order secara berasingan satu gelas (besar) air 100 plus dicampur livita. Makanan yang dihidang tak saya sentuh pun Air lagi menyeronokkan. Nampak lah staf dikelab sedang menghidang makanan. Nasi goreng, mee hoon goreng, kari ayam dan air orange squash. Yang ada disatu bahgian meja pun makan lah. Ada korum. Members lain pun datang. Sementara menunggu hidangan baru, dihulurkan hidangan yang ada. Datang satu lagi set hidangan dan members makin memenuhi meja. Meja disebelah pun bagitu. Mengikut kiraan saya satu meja panjang tu ada 16 orang, hidangan hanya 2. Semua merasa makanan tapi macam sengaja pihak kelab tak ndak hidang yang lain. Ndak kemut kote. Terpaksa panggil yang saya anggap sebagai supervisor untuk meminta lagi. Sepatutnya mereka menghidang jumlah yang sudah kita tempah. Tak perlu terminta minta. Ini saya kira kurang mutu ‘perkhidmatan’.
Saperti biasa RK mengambil alih acara dengan mengumumkan beberapa perkara:
a. Mengucapkan Selamat Kembali kepada patron kita TSHM dari UK.
b. Mengumumkan dan mengingatkan akan majlis walimatul urus DNA untuk anak perempuan nya Norela Maznun dengan Muhammed Bahjat Muhammed pada hari Selasa 16 Mac 2010 diDewan Merak Kayangan.
c. Memaklumkan majlis nya sendiri pada 4 Apr 2010 di Dewan Tun Mohd Salleh, UKM, Bangi. Kad jemputan telah beliau edarkan pada hari itu.
d. Mengucapkan Selamat Datang kepada members baru kita Encik Shaffiee Ismail, Encik Azman Awang dan Encik Dzulkifli Abdullah. Semoga mereka akan serasi dengan perkumpulan kita dan menghadiri outings outings kita akan datang.
Seterusnya beliau mengumumkan pemenang pemenang pada hari itu:

Yang nampak terserlah ialah RHM jadi champion pada Weekly Outings kita pada hari itu.

Dia dapat nett 70. Dua under. Tahniah Squad. Juga kemunculan Dato Ramli Harun sebagai Runners up. Dia ni dah lama tak nampak tiba tiba timbul dan dapat ball sweep. Sakit lutut pun tak nampak dah. Juga Champion SENAT tahun 2009, Razaki jadi champion A Medal. Capt Yahya pun is back to his winning ways. Member baru Azman dah mula tunjuk kebolehan nya. Well Done Man. Saya pun dapat rupanya. Nett 77.




Ada 3 orang dapat tu. Bahar and Dato Presidente kalahkan saya. ON Count Back. At least dapat. Nampaknya magnetic ion necklace tu ada kesan nya. Saya akan pakai lagi minggu depan.





Kepada semua pemenang saya ucapkan Tahniah dan Well Done.


Selesai pemberian hadiah, selepas members semua beredar, jawatankuasa berbincang tentang beberapa perkara. Saya suka perbincangan ni kerana dapat order Nescafe tarik. Kenalah dengan sebatang lagi cerut. Jawatankuasa dengan Dato Presidente merakamkan dan memutuskan berberapa perkara berikut:
a. Mengucapka ucapan Takziah kepada Asmadi Isa diatas kembalinya kerahmatullah datuk nya. Semoga rohnya berada dengan mereka yang dirahmati Allah.
b. Setiakawan National Tours (SENAT) yang pertama bagi tahun 2010 akan diadakan pada 23 dan 24 Mac 2010. Diputuskan juga supaya permainan pada 23hb diadakan pada tengah hari dan pada 24hb diadakan pada pagi hari. Majlis Makan Malam akan diaturkan pada 23hb. Butiran lengkap akan menyusul.
c. Untuk memastikan kelicinan perjalan mengurus SENAT ini satu ‚dateline’ peryertaan akan diadakan. Penyertaan selepas dateline tidak akan diterima.
Sekian cerita kita untuk Outings pada 03 Mac 2010. Kita jumpa lagi pada 10 Mac 2010 diCourse yang akan ditetapkan kelak.
Salam
Setiakawan Terus Bertanding

Tuesday, March 2, 2010

WALIMATUL URUS


Dipamirkan dibawah ini jemputan Dato Nawi Alias (DNA) keMajlis Perkahwinan anak kesayangan:
Norela Maznun Bt Nawi
dengan
Muhammed Bahjat Muhammed

yang akan diadakan diDewan Merak Kayangan, Felda,
Jalan Semarak
pada hari Selasa 16 Mac 2010
pada jam 8.00 malam.
Beliau ada menjemput ramai kawan dan teman dan mengharap kehadiran members dimaklumkan nya sabelum 21 Feb 2010. Hari ini dah 2 Mac 2010. Harap harap semua members dah jawap. Kira ni tahap ’Penyatuan’bagi keluarga nya. Banyak lah nak disatukan. Kita boleh membantu dengan menjawab’In Time’.

Salam.
Setiakawan Dapat Satu Lagi Menantu. Alhamdulillah.