UmumPertandingan Presidents Trophy sebenar nya hanya untuk satu hari, iaitu pada 30 Dec 09. Oleh sebab pertandingan ini diadakan diPort Dickson, maka pihak Convenor telah menjadikan nya sebagai satu acara untuk bersantai, bukan saja untuk members (golfers) tetapi juga untuk keluarga. Dengan itu pihak Convenor mengaturkan aktibiti untuk 2 hari iaitu pada 29 dan 30 Dec 09. Pada 29hb diaturkan supaya members yang berminat menjalani sessi latihan bermain 18 lubang diPDGCC. Pada malam nya pula diadakan acara makan malam ala Barbeque.
Ini saya kira aktibiti yang mengandungi 2 tahap – Tahap 1 pada 29 Dec dan Tahap 2 pada 30hb.Kini saya melapurkan aktibiti aktibiti 30hb pula.
Tahap 2 – 30 Dec 09.Pada pagi 30hb dipersekitaran Clubhouse kelihatan banyak members Setiakawan. Kebanyakan nya meletakkan beg golf masing masing untuk diletakkan kedalam buggy yang telah pun diatur dalam barisan saperti nak melancarkan sesuatu serangan. Saya nampak satu menghala ke ist nine dan satu lagi menghala ke 2nd nine. Didepan bahagian pendaftaran golfers, kelihatan RHM dan Mutalib sedang mendaftar peserta peserta bagi PRESTRO.

Ternampak juga saya mereka mereka yang sedang menjelaskan pembayaran. Laaa. Saya ingat semua pembayaran dah jelas lebih dahulu lagi. Pembayaran terakhir telah dirayu oleh RHM ialah pada 23 Dec diNilai Spring dulu tapi masih ada lagi yang menjelaskan pembayaran pada hari terakhir. Sebab tu lah RHM kerap ‘Tense’. Sudah tentu mereka mereka ini ada alasan mereka masing masing.
Apabila masuk ke Coffee House,




kelihatan beberapa members sedang bersarapan. Ada juga beberapa isteri bersama. Nak bersama suami bersarapan. Memang manja nampak. Nak beri semangat. Nak bersiap untuk Tai Chi juga. Hidangan sarapan ialah yang basic. Nasi lemak, mee goring dan roti. Kita ndak alas perut je.

Dikawasan berkumpul nampaknya beg beg golf selesai diatur kedalam buggy.



Tiap tiap buggy ada nombor lubang pertama yang akan dimulakan. Teratur persiapanpenganjur. Kelihatan members berbual bual. Kira nya relax, dalam hati Tuhan saje yang tahu. Masih tegang rasa nya. Tegang kat otak, bukan kat tu. Semua nya mengerak gerikan badan supaya ‘loose’, otot otot relax tapi sedia untuk melepaskan kekuatan keatas bola golf yang ada. Pada jam 8.00 pagi kami berkumpul dan bergambar ramai.

Ini kita tidak pernah gagal. Main kat mana pun, pertandingan besar mesti didahului dengan mengambil gambar perkumpulan Setiakawan. Kali ini nampak macam kemaraan bala tentera ‘armoured brigade’ kemedan pertempuran.
Pada jam 0810 semua bergerak ketee box masing masing. Shot Gun Start. Lima belas flight kesemua nya. Tiga puluh buggy dan 60 golfers. Semua nya membawa harapan dan azam untuk menjadi Champion PRESTRO yang pertama. The Inaugural Champion. Memang satu jumlah yang besar. Seronok nampak pergerakan kawan kawan memulakan PRESTRO pertama yang diadakan dipenghujung tahun 2009. Saya satu buggy dengan Dato Anuarudin, bermain bersama Mej Che Anuar dan Hj Kamar Azaly. Kami ke Lubang 4. Ternampak 2 golfers, lelaki dan perempuan bergegas untuk tee off. Beberapa golfers lain telah memulakan awal untuk menggelak pertandingan kami tapi dalam Shot Gun start ni, memang tak boleh elak. Mereka kira main celah celah kami. Saya difahamkan golfers yang mencelah ni kebanyakan nya dari negara Korea, melawat Malaysia hanya untuk bermain golf. Mereka bermain pagi dan petang. Oleh sebab mereka dah ada diatas course kami terima aje. Terganggu sikit lah perjalanan permainan kami, tapi tak sampai menjejas permainan kami. Kita bersabar sikit.
Lubang 4, ialah par 3. Pukulan pertama saya tak sampai green. Kekanan. Badan tak panas lagi lah tu. Chip. Dekat pin. Putt masuk. Dapat par. Ini petunjuk yang baik. Starting dapat par. Mudah mudahan bersambung par lagi. Berikutnya Lubang 5, Par 4.

Tee off kekanan, masuk paya. Ada juga paya kat situ. Mana timbul nya. Dah hilang bola. Baru pulak tu. Kena ganti bola lain. Baru juga. Mesti jaga standard. Pakai bola baru je. Tak pakai bola ‘chlorox’. Sebab tu bawak seguni bola pun tak cukup. Dapat 7 kat situ. Dah rosak lah ni. Tak nak kata tak panas badan lagi. Sampai kebila nak panas badan. Agak nya bagitu lah rintihan sebahgian besar golfers pada hari tu atau saya saje.
Dato Anuarudin denagan saya.

Pukulan tak jauh. Secara umum pukul lurus, tapi bila guna fairway wood bola tak naik. Padang lembab, tak jauh lah pegi bola tu. Hj Kamar Azaly handicap 16. Kukuh nampaknya.

Pukulan jauh, lurus dan kesasaran. Permainan nya lebih baik dari saya atau Dato Anuarudin. Mej Che Anuar handicap 20.

Pun baik permaiana nya. Tapi 20 ni macam 22 juga. Adakala ‘duff’ juga. Dia bila memukul bola kepala dia mengikuti ‘backswing’ nya. Pelek sikit nampak, tapi pukulan tepat.

Ini cara masing masing. Yang penting bola pergi ketempat yang dituju.
Apabila kami memulakan Lubang 7, pemain Korea 2 orang tu dah tak kelihatan. Nampak lah kami Flight No 5. Setelah beberapa ketika kita sedar pergerakan kami lambat sikit, sebab menunggu yang depan. Antara kami ada juga yang mengira masa sesuatu pukulan dibuat. Baru saya sedar pada hari itu ada yang digelar ‘Mr Slow’ didepan. Very stylish player, bergerak kebola, tengok jarak, buat practice shot, tiga empat kali, gi ke bola, tengok jarak lagi, gerak gerak badan – baru pukul. Memang ‘slow’ lah. Tapi all within the ‘Rules and Regulations’ of Golf.
Cuaca mula mula redup, bertukar kecerah.

Tak de angin pun. Terasa bahang laut. Tapi keadaan tu ok. Asal tak hujan, kita boleh meneruskan permainan mengikut jadual. Terserempak pemain pemain lain. Ada muka ceria dan ada yang kurang ceria. Ini hasil keadaan cuaca yang mula panas dan ‘score’ yang kurang baik. Terserempak Dr Khalil. Mengikutnya ‘No Good’. Mengapa bagini. Dia satu dari ‘contenders’ yang kira berpeluang baik. Dato Presidente pun bersaja je. Mungkin baik mungkin tak. Saya ada kecil kecilan dengan dia. Tan Sri Hashim Meon (TSHM) pun bagitu juga. Tapi dia sentiasa cool. Baik ke tidak dia kelihatan ‘cool’.

Pada umum nya keadaan ‘course’ adalah baik. Sesuatu lubang tu tak lah menyekasa sangat. Kalau tak main baik tu, kekurangan sendiri, bukan salah orang atau benda lain. Cuma terdapat baja tahi lembu yang ditabur bagitu saje. Tak dicampur dengan pasir pun. Kalau bola terjatuh kedalam kawasan itu, memang main dalam tahi lembu lah. Tak pasti samaada dapat drop ketidak. Pada saya seharus nya ‘prefferred lie’ lah tu. Boleh gerak dengan club satu club length dari kawasan tu. Tak de petunjuk. Kena merujuk kepada kawan main lah.

Kami selesai main dalam jam 1.30. Lima jam permainan tu OK lah. Bersalam salam lah kami. Kalau nengok score, sekali imbas, flight kami ni tak kemana. Tak mungkin ada yang mendapat hadiah, tapi kami seronok. Bersalam salam lah kami dengan ucapan terima kasih ‘ until the next time’.
Saya siapkan scorecard untuk kami semua. Ini untuk mengelak terlewat bagi score. Saya serah kepada staf PDGCC yang kelihatan tahu apa nak buat. Very professional looking. Dipapan tanda kelihatan score dah mula dipamirkan. Laa. Saya nampak beberapa angka dalam merah. Mereka ni bermain under lah. Nama nama yang kelihatan memang yang diduga, tapi ada juga yang tak disangka. Saya juga menjengok score ‘squad’ saya yang dapat net 73, sehari sabelum tu. Laa meloncat dia ke net 82. Menjengok juga ke ‘squad’ satu lagi yang beli 3 wood baru untuk jadi champion. Score dia warna biru. Tak jadi champion lah nampak nya. DNA pun tak kemana. Sambil tu ada pula member SIGC, menunjuk saya, ‘dia tu bukan 19, diSIGC dia main 13’. Laa gitu pulak. Tapi kita ikut handicap kita.
Masuk keBilik Persalinan (Gents Changing Room). Ramai dah ada, bersiap untuk mandi, berpakain bersih, bersolek dan yang lebih riuh cerita pasal permainan yang baru lepas. Macam macam cerita. Terutamanya ‘the putt that missed’. Itu biasa. In ‘Restropect’. Semua memikirkan memang boleh main lebih baik lagi, tapi itu ‘Lain Kali’ lah.
Salam.
Setiakawan Selesai Bermain Golf