Satu lagi piala dikenalkan kepada pertandingan SetiakawanGolf. Piala ni dinamakan Piala Setiakawan Monthly Medal atau SMM. Saperti disebut dalam Buku Panduan kita pertandingan ni akan di pertandingkan tiap tiap hari Rabu pada penghujung bulan. Ia bersekali dengan WO kita. Piala disumbangkan oleh Mej Sardon Kaprawi. Piala ni hanya akan di pegang oleh pemenang dalam kira selepas satu tahun. Lama nak tunggu tu. Dijangka pertandingan akhir akan berlaku pada bulan Sep 2013.
Pertandingan pertama kita diadakan di Kinrara Golf Club. Kita juga berharap bahawa pertandingan bulanan ni akan dimainkan dikelab yang sama. Ini tertakluk kepada rundingan kita dengan pehak pengurusan kelab.
Anyway, selepas sarapan nasi lemak, kita bergerak dalam flights masing masing untuk ke tee box masing masing untuk shot gun start. Lebih kurang jam 8.30 siren pun berbunyi. Bermula lah kita. Sebanyak 9 flights.
Kita selesai jam 1.00 lebih kurang.
Bergemas diri dan ke Dewan Makan. Setelah makan maka pemenang hari tu di umumkan oleh Ramli Kinta. Keputusan adalah saperti berikut:
Tahniah diucapkan kepada Kol Arham Nordin kerana menjuarai inaugural SMM kita.
Kerana bermain 7 under dapat hadiah tambahan. Potong 2 stroke kepada handicap. Dolu 18 sekarang 16 dah. Semoga dia dapat bertahan sehingga Sep 2013 untuk menjulang piala terbaru kita. Dua cara. Kena bermain tiap tiap Rabu akhir bulan dan kena bermain baik. Kita tunggu.






Tempat kedua hingga ke5 pun kena potong handicap.
Terima Kasih juga kepada penaja Mej Sardon Kaprawi
kerana bermurah hati menyumbang piala dan juga wang tunai pada pertandingan akhir kelak. Waras tu.



Salam.