Sunday, November 29, 2015

SETIAKAWANGOLF HANDICAP DISEMBER 2015


Mengikut catatan, senarai pemegang handicap kita bagi bulan Disember 2015 ada seramai 146 orang. Pechahan handicap saperti berikut:
a.    Single – 16 orang.
b.    Belasan – 81 orang.
c.    Puluhan – 49 orang

 
 
Semoga members semua akui akan handicap ini dan cuba bermain mengikut kemapuan masing masing.
DiConggak Oleh

Salam.

PIALA BESTA 3/2015 – SEBESTRO PADA 18 NOVEMBER 2015 DI GLENMARIE GOLF & COUNTRY CLUB


Ini kali ke3 kita adakan pertandingan bagi Piala BESTA atau SetiakawanGolf BESTA Trophy – SEBESTRO. Kali pertama di adakan di Templer Park Country Club pada 13 Nov 2013 dan yang kedua nya di Sungai Long Golf & Country Club pada 16 Nov 2014. Juara pertama ialah Dato Amiruddin Mahmud Aladad Khan

 dan yang kedua ialah Kapt Rashid Mat Zen.
Kali ni kita adakan di Glenmarie Golf & Country Club.
 

Seramai 62 mengambil bahgian. 16 flights.

 
Kita adakan shot gun start untuk menampung bagitu ramai peserta. Cuaca eloh dan redup dan meningkat panas ke tengah hari.
Selesai bermain, kita ke Bilek Cenderawasih  untuk makan tengah hari. Ini di ikuti pula oleh penyampaian hadiah. Seramai 19 orang  mendapat hadiah ballsweep.
Dato Presidente telah menyampaikan ucapan dengan mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Dato Jasmay Shah yang telah menyumbangkan piala dan menanmpung perbelanjaan dengan sumbangan wang tunai kepada pertandingan ini.
Keputusan pertandingan ballsweep dan novelties saperti berikut:
 
Tahniah diucapkan kepada Kol Abdullah Khir Saidi kerana menjadi juara ke3 Piala BESTA.
Keputusan keseluruhan pula adalah saperti berikut:
 
Jawatankuasa telah bersidang selepas selesai majlis penyampaian hadiah.
Salam
KolJohn Hamzah AlQudsi

Tuesday, November 17, 2015