Friday, July 11, 2014

MAJLIS BERBUKA PUASA SETIAKAWANGOLF DI RIVERSIDE CAFETERIA TANJUNG LOUNGE PWTC PADA 09 JULAI 2014


Tahun ini kita bertukar tempat lak. Kalau tahun tahun yang sudah selama 3 tahun kita mengadakan Majlis Berbuka Puasa di Hotel de Palma, Ampang, kali ni kita ke PWTC lak. Di Riverside Cafetria dan untuk privacy di Tanjung Lounge. Semua ini usaha serta pengaruh COO kita Raden Hamzah Massod.
Dari awal lagi dia telah melobi tempat baru. Kalau ada angka sampai 56 orang boleh gunakan Tanjung Lounge khusus untuk kita. Macam macam cara diguna nya untuk memujuk members hadir dengan angka yang dikehendaki. Bukan itu aje – dia melobi untuk mendapatkan sponsor saekor kambing dengan harga RM 600. Tak kurang yang menyumbang sehingga tercapai tujuan nya.

Mengikut rancangan kita patut berjumpa jam 1700 hrs. Bertujuan untuk berinteraksi sesama kita sabelum berbuka. Betul juga tujuan itu sebab bila berbuka nanti tumpuan hanya kepada juadah dan berinteraksi sesama meja.
 
 


 
Cuma terhalang sikit kerana kesesakan lalu lintas pada masa masa itu di KL.
 

 Acara kita dimulakan jam 1830 dengan bacaan doa yang diketuai oleh Penaung kita Tan Sri Hashim Meon. Selesai itu kita menyampaikan hadiah Hole-In-One berupa jam tangan kepada Kol Abdullah Khir.
Pencapaian nya berlaku beberapa bulan sabelum ini tapi hanya sempat diserhkan kepada nya oleh penyumbang Dato Johar Murad pada malam itu.
Pabila Azan Berkumandang, hadirin semua memulakan berbuka puasa. Tempat sembahyang disediakan di Surau An Nur diTingkat Pertama. Selesai sembahyang maghrib members pun memulakan jamuan.

 
Banyak juadah yang disediakan. Dari lauk kari ikan kepada udang. Dari sayur kailan ke salad.


Dari sup ikan ke bubur. Dari satay ke lauk kambing. Memang ‘we were spoilt for choice‘. Bagitu juga manisan. Macam macam ada. Buah buahan ke pudding ke sagu ke kueh kueh. Memang amat memuaskan.
Kita selesai dalam jam 2100.
Dengan pencapaian sedemikian ada juga cadangan supaya perjumpaan hari raya diadakan di situ juga.
Salam.

Friday, July 4, 2014

RANKINGS KESELURUHAN SETIAKAWANGOLF SEHINGGA JUN 2014


Kalau bulan Mei seramai 96 tersenarai tapi bulan Jun seramai 104 lak. Meningkat seramai 8 orang. Walau pun bagitu outings kelayakan ialah 25 kali. Setiap member mesti membuat perancangan sendiri menentukan kelayakan untuk Golfer of the Year.
 Tahniah kepada Hj Rahim Kassim sebagai Top Ranked sehingga Jun 2014.
Dia mencapai 741 points. Bulan lepas pun di Top Ranked. Simpan itu Masa Ji.
Second Ranked ialah Dato Amin Salleh dengan 610 points.

Bulan lepas pun dia second ranked.
Third Ranked ialah Mej Rustam Ramli dengan 563 points.
 
Bulan lepas dia nombor 8.
Senarai penuh keseluruhan ranking Jun 2014 dipamirkan:

 
 
Di Conggak Oleh:

RANKING SETIAKAWANGOLF JUN 2014


Pada bulan Jun ini seramai 70 orang mengambil bahgian. Meningkat semula dari bulan lepas sramai 63orang. Top Ranked kali ini ialah Mej Rustam Ramli dengan 166 points. Outings dia full house sebanyak 4 kali.
Second Ranked lah ialah top ranked bulan lepas, LMN Aminuddin dengan 151 points.

Dia pun full-house. Third Ranked lak ialah Tan Sri Ahmad Saruji dengan 137 points.
 Bermain 3 kali je. Kalau main full-house bagaimana gak.
Kedudukan penuh bagi bulan Jun 2014 di pamirkan:
 
Di Conggak Oleh:

Wednesday, July 2, 2014

RANKINGS KESELURUHAN SETIAKAWANGOLF SEHINGGA MEI 2014



Sehingga Mei 2014 seramai 94 orang tersenarai dalam Ranking kita untuk kejohanan Golfer of theYear. Kalau melihatkan outings, yang terbanyak ialah 22 outings. Kita tahulah siapa itu. Di ingatkan kelayakan penyertaan piala ini ialah 25 outings. Selalu nya Golfer of the Year diadakan pada hujung tahun. So, jangan terlepas untuk bersama members yang lain.
Sehingga Mei 2014, Top Ranked SetiakawanGolf ialah Hj Rahim Kassim dengan 613 points.Beralih tempat dengan top ranked bulan depan yang sekarang di second ranked lak.  Second Ranked lak ialah Dato Amin Salleh dengan 523 points. Third Ranked ialah Kol Abdul Mutalib Mohd Salleh dengan 429 points. Daripada siri 90 ke 94 diranking ke 91 ialah members yang hanya menyertai sekali je dan mendapat 1 point.
Senarai keseluruhan dipamirkan:
 

DiConggak oleh