Thursday, April 18, 2013

PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF DI AMVERTON GOLF & ISLAND RESORT PADA 17 APRIL 2013

  



Bila melihat jumlah peserta, terkejut juga. Hanya 16 orang je. Ingatkan sibuk berkempen, rupa nya gi tempat baru. Di Amverton Cove Golf & Island Resort. Mengikut website nya baru je buka pada Mac 2013. Jauh jugak tempat tu.
Tahniah kepada Dato Hashim Yahaya kerana jadi juara pada hari tu.

Main under lak. Dah kena potong handicap. Dari 21 dah main 19 lak. Selepas SENAT minggu lepas dia plan terra lak.
 Tahniah juga kepada Kol Zahari Abu ditempat kedua dan ke3 ialah Dato Tairobi Razak.

Keputusan keseluruhan dipamirkan:

 



Salam.

Monday, April 15, 2013

SETIAKAWANGOLF NATIONAL TOURS – SENAT 6/2013 DI PORT DICKSON GOLF AND COUNTRY CLUB PADA 09 APRIL 2013 DAN DI A’FAMOSA PADA 10 APRIL 2013





SENAT ke 6 tahun ni di adakan di 2 tempat iaitu di Port Dickson Golf & Country Club pada hari pertama dan di A’Formosa Golf Club di hari kedua. SENAT ni pada lazim nya diadakan di 2 course berlainan. Kali ni di 2 negeri lak. Di Negri Sembilan dan di Melaka. Saya jangka kekenyalan pentadbiran lah. Nak ke Port Dickson pas tu ke A’Famosa. Kemungkinan besar menginap di A’Famosa.
Tahniah kepada Kol Razaki Darus (16) kerana menjuarai SENAT ke 6 ni. Ini kali kedua bagi nya. Dia juga champion semasa SENAT 1/2009 di Sungai Petani pada 20 dan 21 Oktober 2009 dulu.
 
Dia dapat net 138. Tahniah juga kepada Deputy Champion Dato Mohd Isa Hassan (9)

 dengan net 140.
 Assistant Deputy Champion lak ialah LM Aminuddin (19) dengan net 140 jugak. Kalah on countback.
Keputusan keseluruhan saperti dipamirkan.

Kalau ada gambar saya akan poskan.
DiConggak Oleh:
 
Salam