Saturday, February 25, 2012

SETIAKAWANGOLF NATIONAL TOURS – SENAT 5/2012









Mengikut berita yang diterima pada malam 22 Feb 2012, AJK telah berbincang selepas acara pembahgian hadiah tengah hari tadi. Antara yang dibincangkan ialah SENAT. Ia SENAT 5/2012 yang pada asal nya dijadualkan di Kota Kinabalu, kini telah diputus akan diadakan di Melaka lak. Macam juga SENAT 2/2012.


Mengikut Chairman SENAT Dato Hashim Yahaya perkara perkara berikut telah diputuskan:

Tarikh: 5 dan 6 Mac 2012.
Tempat: Melaka:
Penginapan: Di Hotel Sri Malaysia, Air Keroh.
Pertandingan: Day 1 (5 Mac 2012) di ORNA Golf & Country Club.
                        Day 2 (6 Mac 2012) di TIARA Melaka Golf & Country Club.
Aturcara:
a.    5 Mac 2012
i.    Daftar diri dan check in di Hotel Sri Malaysia, Air Keroh. Dicadangkan diantara jam 11.00 hingga 12.30 tengah hari.
ii.    Daftar diri di ORNA Golf & Country Club pada jam 1.30 t/hari.
iii.    Tee Off untuk pertandingan pada jam 2.00 petang.
iv.    Barbeque ditepi kolam renang hotel mulai jam 8.45 malam.
b.    6 Mac 2012.
i.    Daftar diri di TIARA Melaka Golf & Country Club pada jam 7.45 pagi.
ii.    Tee Off untuk pertandingan pada jam 8.00 pagi.
iii.    Makan Tengah Hari dan Penyampaian di TIARA.
iv.    Pulanf Setelah Selesai Acara Penyampaian Hadiah.

Costings. Tidak dapat dipastikan lagi. Ini akan dimaklumkan oleh Convenor kita RHM tak berapa lagi.

SENAT 2/2010 telah diadakan di Melaka juga pada 23  dan 24 Mac 2010.

  Nampak nya kita sekali lagi kesana. Diharap ramai members dapat menyertai dengan penjadualan semula pertandingan kita ini.





So? Champion SENAT 5/2012 ni siapa lak?

Saya Kot?


Friday, February 24, 2012

PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF DIBANGI GOLF RESORT PADA 22 FEB 2012



Minggu ni SetiakawanGolf bermain di Bangi Golf Resort. Bila berbincang tentang course ni ada yang mengatakan short course. Saya kata long dan water logged. Rupa nya tersilap course. Yang saya maksudkan ialah course UKM. Kawasan sama tapi berbeza course.

 

Patutlah ramai yang mendapat score under.
Keputusan keseluruhan saperti dipamirkan:





Champion ialah Lt Kol zainuddin, kawan kami dari Alor Star. Kita panggil dia Zainuddin PI.  Keputusan yang terima tak diletak lak handicap nya. Lepas bertanya saya dimaklum handicap 18. Bermakna dia mendapati gross 85 lah. Enam orang kesemua nya dapat under. Penaung kita dapat net 69, kena potong satu stroke, tapi setahu saya minggu lepas dia dapat net 69 jugak. Dah kena potong dah. Kena lagi? Wah berturut turut Tan Sri kena.

 

Dalam 2 minggu ni je Tan Sri telah turun 23 ke 22 ke 21. Tahniah Tan Sri tapi rasa saya kena tarik hand break sikit.
Mengikut cerita yang disampaikan, AJK yang bersidang selepas permainan berbincang tentang kawan kita berhenti bermain sekerat jalan kerana flight dihadapan mereka terlalu slow. Kerana tak sanggup menunggu, dia telah balik ke kelab dan berhenti bermain. Macam kes JohnDaly semasa Australian Open pada Nov 2011 lak. John Daly disebabkan kena penalty 2 stroke kerana terpukul bola lain di bunker Lubang 10. Pas tu di Lubang 11 telah memukul sebanyak 6 bola kedalam kolam sampai kehabisan bola. Dia pun berhenti bermain.
'When u run out of balls u run out of balls. yes I shook my players partners hands & signed my card w/rules official,' Daly tweeted as a means of explanation.
Tournament director Trevor Herden said Daly, now 666th in the world, will never again be welcome at the Australian Open.
'It's very disappointing, obviously, for the tournament (and) certainly unprofessional and I'm extremely bitter and disappointed that he's treated this championship this way,' Herden said.

Implikasi nya, dia telah dibatal undangan ke Australian PGA Championship minggu berikut nya oleh sebab tindakan nya itu.
Setahu saya AJK berbincang untuk tidak mengira score nya pada hari tu. Memang tak boleh pun, tapi lebih dari tu adakah dia dikira tak bermain pada hari tu. Macam tak hadir bermain lah. Juga tidak akan mendapat satu mata kepada tiap tiap pemain yang bermain mingguan kita. Saya tak pasti keputusan AJK tapi saya telah menyuarakan kepada beberapa ahli AJK supaya mengambil  keputusan sedemikian. It is unbecoming of a golfer to just walk out of a game without a sensible reason.
Salam

Monday, February 20, 2012

PERTANDINGAN PERTANDINGAN SETIAKAWANGOLF 2012







Semasa menghadiri majlis perkahwinan anak Dato Khalid pada 18 Feb 2012, jumpalah kawan kita Raden Hamzah. Dia sedang membantu Dato Khalid menentukan bahawa members SetiakawanGolf diunjukkan ketempat yang telah dikhaskan. Dengar cerita 9 meja dikhaskan untuk Setiakawan je. Kalau 8 untuk satu meja bermakna 72 ahli Setiakawan dengan keluarga. Wah banyak tu. Itu yang saya sayang kat Setiakawan ni. Bila dijemput je sambutan bagitu baik. Ya lah Kawan. Penaung kita Tan Sri Hashim Meon tak kelihatan tapi saya nampak Puan Sri Nur Aini bersama wakil Tan Sri. Tan Sri entah kemana mana lah ni. Maksud saya overseas lah.
Dalam ucapan nya Dato Khalid sempat buat pengumuman tentang tentang SetiakawanGolf. Pindaan dan Pengumuman. Ini atas arahan Raden lah. Pengumuman nya ialah:
 
a.    SENAT 5/2012 yang dirancangkan di Kota Kinabalu mulai 5 hingga 8 Mac 2012 telah dibatalkan. Sebabnya tiada sambutan. AJK SetiakawanGolf telah memutuskan   pindaan iaitu:
i.     Venue dipinda ke Melaka.
ii.    Tarikh: 05/3 – 07/03 (4D3N)
 
b.    SIM (SetiakawanGolf International Masters) AJK juga memutuskan berikut:
i.    Venue : Bangkok, Hwa Hin.
ii.    Tarikh  : 22/04 – 26/04 ( 5D/4N ).
iii.    Maklumat Tambahan: 3 days of golfing. Yang berminat, sila buat tempahan sabelum 23/02 bagi membolehkan SETIAKAWANGOLF membuat ‘Group Booking’. Butir butir akan menyusul.
 
 
c.    SetiakawanGolf Weekly Outings.
i.    Tarikh : 22/02.
ii.    Venue : Bangi Golf Resort.
iii.    Sila Buat tempahan secepat mungkin.

Sekarang ni ramai yang kenal SetiakawanGolf dan sekarang tahu kita akan kemana. Isteri isteri kita yang hadir pada malam itu pun rancangan SetiakawanGolf. Jangan pulak ada members tambah program untuk rancangan tersendiri.
SetiakawanGolf akan bertanding lagi. Biarkan Biarkan.
Salam

Thursday, February 16, 2012

PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF PADA 15 FEBRUARI 2012 DI NILAI SPRING GOLF & COUNTRY CLUB





Permainan minggu ni nampaknya telah bertambah. Kalau minggu lepas seramai 23 pemain, kali ni nampak bertambah ke 32 pemain. 8 flight. Turun naik angka ni terpulang kepada keadaan. Kalau nak buat analisis pun, fakta fakta yang dipertimbangkan tidak akan menunjuk trend atau pattern tertentu. Jadi kita tak perlu mencari sebab. Asalkan ada orang nak bermain kita carryon.
Keputusan pun nampaknya dah menonjolkan muka baru, melainkan champion SEGOY 5/2011. Dia masih menonjol. Keputusan keseluruhan adalah saperti dipamirkan:


Nampak nya penaung kita Tan Sri Hashim Meon dah mula menunjukkan standard,

tapi apabila mendapat net 67 kena turun handicap dari 23 ke 22 lak. Ialah kita dah setuju apabila sesiapa bermain 3 under dan baik akan dipotong handicap secara otomatik. Saya kira ini satu komplimen.
 Matlamat kita ialah untuk memperbaiki standard golf kita. Kalau baik maka handicap pun turun lah.

 Terdapat 4 pemain yang dipotong handicap.
Nak bersimpati tak kena, kerana pada saya ini satu pencapaian. Yang masih tak happy, nak galakkan ‘nurse’ the handicap pun tak kena. Itu bukan ‘spirit’ bermain golf. Anyway, kurang kurang nya member yang handicap macam saya ni boleh lah menerima hadiah dimasa akan datang. Mudah mudahan.
Kali ni pencapaian masing masing dipamirkan. Baru tahu kedudukan tiap tiap minggu. Thanks to Panglima Handicap kerana menambah usaha untuk menjadikan permainan mingguan kita lebih mencabar.
Salam.

ps: Mengikut cerita rancangan mengadakan SENAT di Kota Kinabalu dibatal kerana kurang sambutan. Setahu saya SENAT 5/2012 akan diadakan di Melaka. Butiran lanjut akan menyusul. 

Saturday, February 11, 2012

SETIAKAWANGOLF NATIONAL TOURS ATAU SENAT 5/2012

 Last sekali kita bermain dalam pertandingan National Tours ialah pada 2 hingga 4 Mei 2011, dalam pertandingan SENAT 4/2011. Di adakan di Palm Villa Golf & Country Resort, Kulaijaya, Johor. Champion pada pertandingan itu ialah Dato Amiruddin Aladad dengan net 68.


Deputy Champion ialah Dato Mohd Isa Hassan (net 69),


Assistant Deputy Champion ialah Hj Rahim Kasim (net 70),


Keempat Dato Malek Shahar (net 74)

dan Kelima Kol Abdullah Khir
dengan Dato Roslan Hanafiah ( net 74 – OCB).

Sekarang sampai SENAT 5/2012 lak. Chairman SENAT MJHim bersama Convenor dan Golf Captain sedang sibuk merancang nya. Kalau members semua membaca SMS Raden Hamzah pada hari Jumaat 10 Feb 2012 memaklumkan bahawa pertandingan ni akan diadakan di Kota Kinabalu pada 5 hingga 8 Mac. Hari Isnin sehingga Khamis. Dua hari pertandingan. Empat hari 3 malam dijangka. Dianggarkan kos nya ialah RM 1,500 sekepala. Tambang kapal terbang berasingan.
Kini Raden mohon sesiapa yang berminat untuk mendaftar diri. Dia mengharapkan sekurang kurang nya 4 flights atau 16 penyertaan baru SENAT boleh diadakan. Tarikh tutup pengesahan ialah pada 16 Feb 2012. Dijangka kita akan bermain di Borneo Golf & Country Resort


dan Nexus Golf Resort Karambunai.

Kedua dua nya di Kota Kinabalu. Jom kita ke negeri di bawah Bayu.


Salam.


 http://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=XhdIio2z6js

PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF DI BUKIT JALIL GOLF & COUNTRY RESORT PADA 8 FEBRUARI 2012

 

Ini first time main kat course ni. Untuk orang KL dekat je. Seharus nya untuk orang Seremban pun mudah sampai. Dengar cerita ada yang lambat kerana tak jumpa tempat atau terlekat kena jam. Kalau melalui tempat ni diantara jam 7.00 hingga jam 9.00 memang padat. Trafik dari KL ke Selatan dan KL dari Selatan nak ke KL. Rate RM 125 termasuk green fee, insurance, buggy dan lunch. Kalau nak caddy tambah lagi RM 50.00. Saya kira itu OK lah. Jangan bezakan dengan Bukit Unggul.
Mengikut cerita course nya OK tapi maklumlah tempat baru,  memerlukan penyesuaian. Rupanya kalau nak guna Changing Room, kena deposit RM 50. Kena tinggal Driving License lak. Satu dari member kita selepas bermain dan ndak mandi, apabila dikenakan syarat tersebut enggan mandi disitu. Kena mandi kat rumah. Kol Mutalib kena tahan bau ‘hari’ member tu lah nampak nya. Saya fikir jika kita kerap kesan, mungkin boleh diringankan syarat atau dapat dikurangkan pembayaran. Seramai 23 menyertai outings kali ni. 6 flights.    Keputusan keseluruhan adalah saperti dipamirkan:



                                                                                   

Nampak nya champion kali ni orang baru, Halimi Abdullah. Kena potong satu stroke lak kerana bermain 4 under. Memang Nampak nya Halimi ni kerap menerima hadiah sejak menyertai Setiakawan. Baguslah. Semoga dia akan terus menyertai serta menghayati SetiakawanGolf.
Yang Top ranking bulan Januari serta yang biasa Top, nampaknya tersungkur kebawah. Mungkin minggu depan, di Nilai Springs, boleh membaiki semula. All the Best.
Salam.

PS: Pas ni akan dimaklumkan pasal SENAT lak.

Wednesday, February 8, 2012

PERSATUAN BEKAS WARGA 1 RAMD



Kawan saya minta tumpang blog kita untuk menyebarkan pengumuman. Memandangkan ramai members kita adalah bekas tentera dan juga dari Rejimen Askar Melayu Diraja, berkemungkinan ada yang pernah berkhidmat dalam Batalion Pertama Rejimen Askar  Melayu DiRaja atau 1 RAMD. Kalau ada, ambik perhatian. Kalau tidak harap sebarkan kepada yang lain.
Persatuan Bekas Warga 1 RAMD telah didaftarkan dan diluluskan dengan rasmi nya pada 11 November 2011. 11.11.11. Cantik tarikh penubuhan nya. Tarikh ni saya jangka memang dicega oleh pihak yang mengajukan cadangan penubuhan.
Jawatankuasa Persatuan 1 RAMD ialah:
Presiden: Lt Kol Khusairi bin Hj Zainuddin (B)
Timbalan Presiden: Kapt Dato Dr Mohd Awal bin Dato Hj Nordin (B)
Setiausaha: Mej Nordin Hassan (B)
Majlis perasmian Persatuan akan diadakan pada 10 Mac 2012 diDewan Dato Jamil, Kem Sungai Besi bermula jam 0900. Majlis penubuhan Persatuan ini akan dirasmikan oleh YB Menteri Pertahanan. Semua peringkat bekas 1 RAMD dijemput hadir. Sebarang pertanyaan boleh lah diajukan kepada Setiusaha Persatuan, Mej Nordin Hassan (B) di 019 3113404.
Diharap pembaca posting ini dapat menyebarkan makluman ini supaya diketahui semua warga 1 RAMD. Batalion yang bagitu bersejarah. Batalion pertama ditubuhkan, battalion yang terlibat dengan perang menentang Jepun terutamanya di Pulau Singapura, Rejimen wira Tanah Melayu Lt Adnan Saidi.
Semoga perjumpaan pada 10 Mac akan memberi peluang kepada semua warga 1 RAMD berjumpa semula serta mengeratkan lagi silaratul rahim warga rejimen.
DiUsahakan Oleh:

 Salam Dari Warga 2 RAMD.

 





  

Wednesday, February 1, 2012

KEPUTUSAN PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF UNTUK 25 JAN DAN 01 FEB 2012


Dah masuk Feb dah. Lupa nak maklumkan keputusan pada 25 Jan sebab sebuk dengan handicap dan ranking. Jadi disekalikan.
Yang mula ialah keputusan pada 25 Jan yang ditandingkan di Sri Selangor Golf Club.
 


Yang kedua ialah diBukit Unggul Golf & Country Club.



Nak maklumkan Convenor, saya takde terima pengumuman beliau akan permainan kedua dua minggu ni. Kot nombor mobile saya masih belum dimuaturun lagi.
Saya tunggu.
Salam