Wednesday, August 31, 2011

SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN KE 54


54 tahun yang lalu, kita telah menyambut satu hari yang melepaskan kita dari belenggu jajahan Kerajaan British. Usaha ini telah dimulakan oleh pejuang pejuang tanah air yang yakin, negara kita boleh di tadbir oleh rakyat kita sendiri. Kita Berjaya mencapai kemerdekaan itu melalui usaha rakyat melalui kepimpinan Bapa Malaysia ‘ Tengku Abdul Rahman Putra Alhaj’. Dengan laungan Merdeka , Merdeka , Merdeka kita mencapai kedaulatan yang diidamkan selama itu.
Kepada semua Members SetiakawanGolf, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke 54. Lagu berikutnya didedikasikan kepada ‘ Bapa Kemerdekaan ‘ kita.


Salam.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI SETIAKAWANGOLF

Hello Members Sekelian,
Dah hari raya kedua baru dapat mengucapkan Selamat Hari Raya. Semoga ibadah puasa telah disempurnakan dengan jaya nya. Diharap semua members telah menyambut nya dengan penuh meriah dan Gumbira. Maaf Bermaafan antara keluarga, sanak saudara, sahabat andai dan jiran tetangga. Harap dapat kita bertemu semula pada 7 Sep ini untuk menjalin silaratul Rahim kita sesama kawan, sesama lawan ( atas padang golf je). Sabelum tu, celah celah lemang, rending, ketupat dan lodeh, singgah sebentar di Driving Range. Dapatkan kembali ‘swing’ yang lama ketinggalan.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin dari Dato Presidente dan Jawatankuasa SetiakawanGolf.
Beberapa lagu untuk mengiringi hari labaran.





Salam.

Tuesday, August 16, 2011

MAJLIS BERBUKA PUASA SETIAKAWANGOLF DI HOTEL DE PALMA PADA 17 OGOS 2011

Tahun lepas kita adakan Majlis Berbuka Puasa SetiakawanGolf pada 19 Ogos. Tahun ni 17 Ogos lak. Tempat nya sama. Hotel D’Palma, Ampang. Kalau nak tahu cerita pada malam tu sila rujuk ke posting kita bertarikh 20 Ogos 2010. Pada 6 Ogos RHM ada memaklumkan bahawa seramai Couple : 20 dan Solo : 13. Saya congak tu sebagai 33 pax atau 53 pax ke? Tak tau lah. Lebih ramai lebih baik.
Dah lama kita tak berjumpa Last 27 Jul 2011. Tak banyak cerita golf lah nampaknya. Mungkin DNA akan memberi ulasan tentang 93rd PGA Championship yang baru lepas. Kalau tak tu, kena cerita pasal lapar dan cabaran cabaran yang dihadapi. Dan juga berjemaah Terawih.
Diperturunkan beberapa gambar majlis kita tahun lepas.












Salam.
Setiakawan Berbuka Puasa Di Hotel D’Palma, Ampang.



Monday, August 15, 2011

93rd PGA CHAMPIONSHIP DI ATLANTA ATHLETIC CLUB, JOHN CREEKS, GEORGIA, USA

Juara baru PGA bagi tahun 2011 ialah Keegan Bradley yang telah bermain -8 sehingga tamat Round ke4, 72 lubang. Playoff dengan Jason Dufner dan menang dengan 1 stroke.

Ini pertama kali beliau memenangi majors dan dijangka akan menonjol dimasa masa akan datang.
Enjoy

Salam.
Setiakawan Pernah DiMaklumkan Keputusan PGA Championship ke 92. Lihat postings pada 19 Ogos 2010.



SETIAKAWANGOLF HANDICAP BULAN OGOS DAN SEPTEMBER 2011


Hello Members Sekelian,
Sebenar nya handicap ini dah lama juga saya terima, tetapi, tak di maklumkan. Tiada desakan kerana bulan puasa. Tapi terfikir, kote kote ada yang bermain bulan puasa bagai mana. Masih gunakan handicap bulan Julai ke?
Jadi untuk menentukan handicap kita sentiasa up-dated, dipamirkan handicap kita bagi bulan Ogos dan September. Disekalikan.

Dikemaskini Oleh:
Yang jelas handicap terendah diturunkan lagi. Dol Ngajis dari handicap 3 ke 2. Bagaimana Wak. Kalau turun lagi ke ‘Scratch’ kita sponsor Saudara untuk ke Malaysian Open. Kalau takde rintangan. Dato Amiruddin dari 8 ke 7 dan Kol Abdullah Khir dari 9 ke 8. Mungkin mereka mengeluh, tapi Panglima Handicap dah congak dan mendapati handicap Saudara memang ditahap tu.
Yang lain kalau ada menurun tu kena lah bermain mengikut nilaian handicap kita. Yang naik tu, ini lah peluang ndak score dan cari peluang dari lawan lawan lain.




Salam.
Selamat Meneruskan ibadah Puasa.



Friday, August 12, 2011

RANKING SETIAKAWANGOLF KESELURUHAN SEHINGGA BULAN JULAI 2011



Hello Members sekelian,
Selepas mengetahui ranking kita bagi bulan Julai 2011, kita lihat lak siapakah yang mendahului ranking keseluruhan. Mereka mereka ni lah yang akan menerajui pertandingan Golfer of the Year. Itu pun kalau dapat bertahan dan kekal dikedudukan sekarang. Sila lihat Ranking saperti dipamirkan.





Dihadapan sekali ialah Dato Mokhtar Perman dengan 745 points. Dalam FedEx Cup dimasa yang sama ialah Nick Watney dengan 1798 points. Kedua lak ialah Kol Abdullah Khir dengan 739 points. Dalam senarai FedEx Cup ialah Steve Stricker dengan 1741 points. Yang ketiga ialah Kol Dol Ngajis dengan 719 points. Dalam senarai FedEx Cup ialah KJ Choi dengan 1561 points. Champion tahun 2009 Kol Ramli Kinta ditempat 4 dan Champion tahun 2010 Kol Mutalib ditempat ke5. Juara tahun 2008 Dato Tairobi ditempat ke8. Kira nya juara juara yang lalu masih ada peluang mempertahankan kejuaraan mereka. Kita kena tunggu hingga akhir tahun baru akan tahu samaada dapat juara baru.

Salam.
Setiakawan Tak Sabar Menanti 7 September 2011.




RANKING SETIAKAWANGOLF BULAN JULAI 2011

Hello Members Sekelian,
Dah 12 hari dah kita puasa. Setakat ni takde lak kedengaran sesiapa menjengok ke lapangan pertempuran dipadang golf. Memang takde yang main kote.
Postings terakhir ialah ranking keseluruhan sehingga akhir bulan Jun 2011. Kali ni ndak posting ranking bagi bulan Julai je. Untuk bulan tu je. Sapa lak mendahului. Sila lihat keputusan yang dipamirkan.
Nampaknya Kol Dol Ngajis mendahului dengan 186 points. Kedua Isman Azimy dengan 174 points dan ketiga ialah Kol Abdullah Khir dengan 172 points. Ketiga tiga bermain hanya 3 kali je. Itu pun Top 3. Macam saya main full, 4 kali. Dapat 9 point je. Nombor 46. Macam RHM juga. Tak ke mana lah kita. Kena kerja keras lagi. Keputusan yang dipamirkan sehingga ranking ke 60 je. Terdapat seramai 53 members di ranking no 66. Mereka tak menyertai sekali pun pada bulan tu, tak de point pun. Jadi tak disenaraikan.

Salam.
Setiakawan Menunggu Ranking Keseluruhan Sehingga Ahir Bulan Julai 2011. Kita Berjumpa 17 Ogos ni. Untuk Berbuka Puasa Bersekali. Jumpa Di Sana. CU.



Thursday, August 11, 2011

RANKING SETIAKAWANGOLF KESELURUHAN SEHINGGA BULAN JUN 2011


Hello Members sekelian,
Terawal diposkan ranking bulan Jun 2011 je. Yang top Dato Tairobi dengan 160 point. Dia pun main complete 4 kali pada bulan tu. Tambahan lak, bulan tu cuaca secara umum nya, redup. Dia bila hari redup mengancam. Kalau panas sangat pemandangan tak dapat focus betul. Berterabur lah bola dia.

Sehingga akhir bulan Jun, secara keseluruhan nya yang Top ialah Dato Mokhtar Perman. Dia pun ada pakai cermin mata hitam, tapi untuk gaya je. Point terkumpul ialah 635.


Tempat kedua ialah Kol Mutalib dengan 611 point.


Yang ketiga lak ialah Kol Ramli Kinta dengan 590 point.


Kalau mengikut FedEx Cup sehingga akhir bulan Jun 2011 Top ialah Luke Donald dengan 1455 points, kedua ialah Bubba Watson dengan 1448 points dan ketiga ialah Mark Wilson dengan 1321 points.. Boleh lah mereka berangan sikit. Kalau lah kedudukan mereka dalam senarai FedEx Cup – Bagaimana? Top mendapat USD 10 million ba. Second USD 3 m dan ketiga USD 2 m.
Tapi ini keputusan hingga akhir bulan Jun 2011. Keputusan bulan Julai lak macam mana? Itu kena tunggu posting berikutnya.

Salam.
Setiakawan Masih Menghadapi Puasa. Kena Bersabar Untuk Bertanding.